Thursday, September 23, 2010

TARIQAT: Fatihatul Aurad

TARIQAT: Fatihatul Aurad: "KELEBIHAN BAGI WIRID ATTARIQATUL AHMADIAH Fatihatul Aurad adalah satu zikir yang mubarak yang mengajar akan dia oleh Al-Haq Subhanahu Wata`a..."

Fatihatul Aurad

KELEBIHAN BAGI WIRID ATTARIQATUL AHMADIAH

Fatihatul Aurad adalah satu zikir yang mubarak yang mengajar akan dia oleh Al-Haq Subhanahu Wata`ala bagi nabiNya Saiyidina Musa `alaihis salam. Fatihatul Aurad artinya permulaan segala wirid-wirid dikehendaki dengan dia bahawa memulai dengan dia akan apa-apa zikir dan wirid dan amal hingga dimulai dengan dia dahulu daripada ia menghendaki akan sembahyang, yang demikian itu adalah sebaik-baik amalan saperti yang dikatakan oleh Al-Ustaz As-Saidi Ahmad Radhiyallahu `anhu.  Menyuruh kepadanya oleh penghulu-penghulu As-Sadatul Ahmadiah- `Lubakan olehmu atas ini kelebihan supaya jangan luput akan dikau oleh satu daripada pahala amalan`.

Satengah daripada kelebihannya ialah :
  • Menggandakan akan amal dan membanyak akan dia saperti yang tersebut didalam Risalah Syarah Hadis bagi Al-Ustaz As-Saiyidi Ahmad bin Idris Radhiyallahu `anhu.
  • Jika di baca akan dia beserta dengan Ayatul Kursiy saperti yang diriwayatkan daripada Ibnu `Abbas Radhiyallahu `anhuma, bahawasanya :  Berkata ia bersabda Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam bahawasanya Nabi Musa bin `Emran berkata ia bagi Jibril `Alaihis salam : Apa pahala bagi orang yang membaca Ayatul Kursiy? Maka menyebut ia baginya barang yang tiada terhingga daripada pahalanya. Kemudian datang Jibril akan dia pada kali yang lain maka berkata ia baginya : Bahawasanya Tuhan engkau berfirman bagi engkau; barangsiapa berkata dibelakang tiap-tiap sembahyang yang maktubah - Fatihatul Kitab dan Ayatul kursiy maka bahawasanya malam dan siang itu 24 sa`at tiada daripadanya satu sa`at melainkan naik kepada Ku daripadanya 70,000 kebajikan hingga ditiup sangka kala.
Wallahu a`lam.



( Rujukan : Aurad At Tariqatul Ahmadiah dan Kelebihannya )